icon-search
icon-search
  • cover-page-001.jpg
  • Page0-page-001.jpg
  • page00-page-001.jpg
  • preface1-page-001 (1).jpg
  • preface2-page-001.jpg
  • set1-page-001.jpg
  • page3-page-001.jpg
  • page6-page-001.jpg
  • page7-page-001.jpg
  • page8-page-001.jpg
  • page7-page-001.jpg
  • backpage.jpg
  • International Chinese Exams

Ready Stock: Mandarin Book for HSK1: Model Ujian Profisiensi Mandarin 初学者成人小孩中文华语华文

RM 19.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

We not only teach and consult you for HSK test, but also publish the HSK test book, this is the first mock test papers that publish by EDU Mandarin.

Ini mungkin merupakan buku HSK tempatan pertama yang diterbitkan di Malaysia. Kami percaya bahawa pasaran tempatan pasti mempunyai keperluan khas, terutama bagi masyarakat Melayu dan juga masyarakat Indonesia.

● Ditulis oleh guru HSK yang berpengalaman - penulis ialah
guru yang berpengalaman dalam pengajaran pendidikan
HSK serta mampu menguasai kandungan penting dan kesukaran
peperiksaan dengan tepat;
● Simulasi situasi peperiksaan yang benar - setiap set soalan
disediakan sebagai latihan penyediaan peperiksaan, dari jenis
soalan ke pembahagian isi penting peperiksaan telah memenuhi
keperluan soalan peperiksaan;
● Mengikut skema peperiksaan yang terbaharu - bergabung
dengan informasi peperiksaan yang terbaru dengan mengikut tren
pada masa terkini, tahap kesukaran kosa kata, tatabahasa dan artikel juga menepati kehendak skema HSK.

Pada awal 2018, Foreign Language & Research Press (FLRP) China bersama EDU Mandarin telah menubuhkan  "Pusat Mandarin FLRP Malaysia,". Kedua-dua institusi akan bersama menganjurkan program latihan bahasa Mandarin, kem China musim panas, terbitan bahan pembelajaran Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua, jualan bahan terbitan serta berkongsi data-data pasaran. Kedua-dua pihak telah berkongsi pendapat secara mendalam mengenai gejala pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan Negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia & Thai, kami bersama-sama merasai keterdesakan keperluan penerbitan bahan pembelajaran Bahasa Mandarin tempatan. Justeru itu, kedua-dua institusi telah bersetuju memulakan penterjemaah dan penerbitan seri Model Ujian HSK ke dalam Bahasa Melayu. 

Semenjak tahun 2005, EDU Mandarin telah mula menghantar para pelajar untuk menduduki ujian HSK. Pada masa itu, Institusi Kongzi di Universiti Malaya baru ditubuhkan tidak mempunyai calon HSK yang ramai.  EDU Mandarin merupakan perintis di kalangan institusi pendidikan swasta Malaysia yang mempromosikan ujian HSK sejak dari peringkat awal dengan menghantar para pelajar menduduki ujian HSK di Institusi Kongsi UM. 

Kami bersetuju dengan idea pembelajaran melalui ujian. Walaupun ramai orang mempunyai objektif pembelajaran yang berbeza, seperti demi tujuan melanjutkan pendidikan ke China, peningkatan diri atau ingin memenuhi keperluan pekerjaan. Penganugerahan sijil mungkin bukan matlamat asal seseorang membelajari Bahasa Mandarin, tetapi kami percaya bahawa pelajar yang mengambil inisiatif untuk menduduki ujian merupakan seorang pelajar yang mempunyai objectif yang jelas.

Di masa hadapan, kami bersedia untuk memperkenalkan dan menerbitkan lebih banyak bahan pembelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Mandarin. Selain daripada Ujian HSK yang semakin dikenali oleh pasaran, bahan pembelajaran bagi subjek mandarin dalam ujian IGCSE dan IB juga tidak diketepikan.


Your cart is currently empty.
Continue shopping