Mula belajar Bahasa Mandarin? Ini merupakan buku kosa kata pertama anda, ia meliputi kosa kata tahap awal yang diperlu dikuasai dan ditulis khas menurut sukatan ujian Mandarin HSK.
Pada masa kini, masih banyak pelajar Cina malahan guru sekolah Cina tidak mengenali ujian HSK (Ujian Profisiensi Mandarin), dan hampir tiada bahan terbitan tempatan yang bertemakan ujian HSK
Ini mungkin merupakan buku HSK tempatan pertama yang diterbitkan di Malaysia. Kami percaya bahawa pasaran tempatan pasti mempunyai keperluan khas, terutama bagi masyarakat Melayu dan juga masyarakat Indonesia.
● Ditulis oleh guru HSK yang berpengalaman – penulis ialah guru yang berpengalaman dalam pengajaran pendidikan HSK serta mampu menguasai kandungan penting dan kesukaran
peperiksaan dengan tepat.
● Ia merangkumi tahap HSK 1 hingga tahap 3, iaitu seluruh tahap ujian Bahasa Mandarin HSK peringkat rendah. Ini bermaksud buku ini memainkan peranan sebagai piawaian menguji penguasaan seseorang pelajar Bahasa Mandarin pada peringkat awal.
● Buku ini menyeranaikan kesemua 600 patah perkataan yang diperlukan oleh calon yang menduduki ujian HSK, setiap patah perkataan diterjemahkan dengan terjamahan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris
● Contoh ayat mudah turut disediakan untuk menambahkan pemahaman para pelajar dalam Bahasa Mandarin dan Melayu.
●Perkataan tambahan dan gabungan yang digabung daripada 600 patah perkataan dalam silibus HSK turut disediakan.
Harga: RM45
Tarikh Penerbit: Jun 2020
Penerbit: EDU Mandarin