Buku teks ini mengambil pengalaman kehidupan dan pelajaran watak Faiz, seorang pelajar Melayu Malaysia di China sebagai perkembangan plot utama. Kandungan teks mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan harian pelajar Malaysia di China dan dimantapkan dengan isi kandungan dan maklumat agama, adat resam dan sebagainya. (komen "hi" jika berminat)
Objektif umum penyusunan buku ini adalah untuk mendidik pelajar supaya mereka mempunyai keterampilan berbahasa China dalam bidang-bidang mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian; di samping membolehkan pelajar menguasai bahasa China serta pengetahuan asas supaya dapat tinggal di China dengan berdikari dan menyediakan asas bagi pembelajaran dalam peringkat universiti nanti.
Objektif pelajaran dari segi sebutan, tulisan China, tatabahasa dan ilmu pengetahuan kebudayaan adalah seperti yang berikut:
a) Menguasai ciri-ciri sebutan bahasa China; ejaan hendaklah ditulis dengan betul; sebutan bahasa China hendaklah betul, tepat dan fasih;
b) Mengenal strok, urutan strok dan komponen asas dalam tulisan China, hendaklah mengenal, membaca dan menulis tulisan China dengan lancar mengikut peraturan struktur tulisan China;
c) Mengenal ciri-ciri tatabahasa bahasa China, menguasai struktur asas bahasa China dengan betul dan tepat;
d) Membuka pengetahuan am tentang kebudayan dan masyarakat China.
Bahan-bahan pengajaran bahasa disusun berlandaskan topik tertentu, manakala kemunculan tatabahasa adalah berdasarkan penjalanan fungsi bahasa. Melalui perbandingan antara bahasa China dan bahasa Melayu, titik berat dan kesukaran pembeląjaran bahasa China bagi pelajar Malaysia itu dapat ditonjolkan.
Pakej buku ini mengandungi 25 pelajaran dan dibahagikan kepada dua jilid iaitu Jilid I dan Jilid I Setiap jilid mengandungi Buku Teks dan Buku Latihan, dan dilengkapi rakaman CD.
Dari segi persembahan buku ini, dicadangkan setiap pelajaran diambil 10-12 jam kredit, Untuk bahagian petikan perenggan pendek dalam teks buku, dicadangkan memanfaatkan latihan teks buku dalam Buku Latihan sebagai panduan dalam pengajaran.
Cakera Padat (CD) panduan buku teks pula mengandungi empat komponen hal ayat teras, perbualan, petikan dan perkataan baru.
Buku Latihan telah membekalkan pelbagai jenis latihan dengan bilangan yang kaya termasuk latihan sebutan dan tulisan, latihan perkataan dan ta latihan teks, latihan komprehensif, latihan peniruan tulisan China dan sebaga Para pensyarah boleh memanfatkan Buku Latihan ini dengan mengubahsua latihan- latihan yang dicadangkan dalam buku ini mengikut kesesuaian dan k pengajaran sendiri.
Harga: RM 65 (Buku Teks 2 dan Buku Kerja 2)
Muka surat: 158 +152=310 muka surat (Termasuk 2 CD)